Mengenai Diriku

Haii~!!! Nama saya Rasyidah dan saya daripada kelas 105 (105 RAWKS YEAH <;) :DD Saya suka mendengar muzik dan bermain dengan haiwan peliharaan saya ^^ Muzik yang selalu didengari saya adalah yang Taylor Swift dan Adele :) Saya pun suka menyanyi. Heheh >_^ Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Walaupun mereka kedua-dua lebih tua daripada saya, saya masih menyayangi mereka.:DDD Hari jadi saya adalah pada 8 Jun dan tahun ini, saya berumur 13 tahun ~ Saya seorang yang peramah dan saya suka sangat apabila saya bersama kawan-kawan kesayangan saya. Katanya, kami boleh ‘be crazy together’ yah? Hahaz~ Saya seorang yang boleh dipercayai, menurut kawan-kawan saya ;D Jangan takut berkawan dengan saya yah <3.<3 #Rawr~~

Rabu, 25 April 2012

Dari dan Daripada. Penggunaannya?

Hhhmmmmmm...... apakah penggunaan dari dan daripada? Nyari, cikgu telah mengajar kami bagaimana hendak menggunakan perkataan dari dan daripada. Dari diggunakan untuk 3 perkara. 1) Masa, 2)Arah dan 3)Tempat dan jika kamu mencantumkan abjad pertama dalam setiap perkataan, ia akan membentuk perkataan MAT. Daripada, pula, boleh digunakan untuk 3 lagi perkara iaitu 1)Bandingan, 2)Orang dan 3)Sumber. Jika dicantum, abjad pertama setiap perkara itu akan membentuk perkataan BOS.

Ini adalah contoh-contoh ayat untuk 'dari' dan 'daripada'.

Dari

1) Kami menunggu Ahmad dari pukul 5 hingga pukul 6 tetapi dia masih tidak hadir.
2) Sabrina datang dari mana?
3) Kami berjalan dari Hougang Interchange ke rumah Syafiqah.

Daripada

1) Siti menyatakan yang dia lebih cantik daripada Cindy tetapi tiada orang yang bersetuju dengannya.
2) Saya telah menerima sepucuk surat daripada kawan saya yang tinggal di England semalam.
3) "Walaupun saya di dalam kelas kedua dan Mabel di dalam kelas pertama, saya pasti yang saya lebih pandai daripada dia," kata Evangeline dengan kebanggaan kepada saya.