Mengenai Diriku

Haii~!!! Nama saya Rasyidah dan saya daripada kelas 105 (105 RAWKS YEAH <;) :DD Saya suka mendengar muzik dan bermain dengan haiwan peliharaan saya ^^ Muzik yang selalu didengari saya adalah yang Taylor Swift dan Adele :) Saya pun suka menyanyi. Heheh >_^ Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Walaupun mereka kedua-dua lebih tua daripada saya, saya masih menyayangi mereka.:DDD Hari jadi saya adalah pada 8 Jun dan tahun ini, saya berumur 13 tahun ~ Saya seorang yang peramah dan saya suka sangat apabila saya bersama kawan-kawan kesayangan saya. Katanya, kami boleh ‘be crazy together’ yah? Hahaz~ Saya seorang yang boleh dipercayai, menurut kawan-kawan saya ;D Jangan takut berkawan dengan saya yah <3.<3 #Rawr~~

Rabu, 28 Mac 2012

Bagaimana hendak menulis sebuah emel formal~

Semalam, Puan Ida telah mengajar para pelajar di dalam kelas saya bagaimana hendak menulis surat formal. Ini adalah apa yang diajar olehnya: surat formal teutamamya harus mempunyai 10 perkara.
1) Tarikh, 2) Nama pengirim, 3) Tajuk penerima, 4) Tajuk surat, 5) nama penghadap, 6) ayat pertama atau kedua di dalam perenggan pertama mesti ada tujuan menulis, 7) perenggan kedua mesti diisi dengan isi pengenalan masalah, 8) perenggan ketiga mesti mengandungi isi-isi surat dan huraian dan contoh, 9) Penutup surst dan akhirnya 10) tanda tangan penulis.

Seterusnya, Puan Ida memberi kami sebuah soalan untuk menulis mengenai. Soalannya begini:

Baru-baru ini, kamu menaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terurus. Orang ramaitidak memperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembarangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.

Tuliskan sepucuk surat kepada Pegawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.

Puan Ida juga telah memberitahu kami bagaimana hendak memulakan surat kami. Ini surat saya:
27 Mac 2012

Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapore 456789

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapore 123456

Tuan/Puan

Per: Kekotoran dalam MRT

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian puan/tuan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.

pada hari Sabtu yang lalu, saya telaj menaiki MRT dari bedok ke Jurong untuk pergi ke rumah saya. Alangkah terperajat saya apabila saya dapati bahawa keadaan dalam MRT itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap. Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang diselitkan di tempat-tempat duduk dalam MRT itu.

Saya berasa sangat kecewa dengan sikap penunggang-penunggang MRT ini kerana telah membuang sampah ke lantai atau tidak mengedahkan keadaan yang kotor itu. Saya menjadi lagi kecewa apabila ternampak beberapa orang yang masih membuang sampah sembarangan walauypun sudah mengetahui tentang keadaan dalam stesen MRT itu.

Saya rasa sesuatu harus dilakukan untuk menghentikan perkara ini sebelum ia menjadi lebih teruk. Mungkig tuan/puan boleh mengadakan beberapa kempen untuk menambah kesedaran awam tentang perkara ini dan mendesak mereka untuk berhenti membuat sebegini sebelum ia terlambat.

Saya berharap tuan/puan dapat memperbaiki keadaan stesen MRT itu. Sekian, terima kasih.

Daripada,
Rasyidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan