Mengenai Diriku

Haii~!!! Nama saya Rasyidah dan saya daripada kelas 105 (105 RAWKS YEAH <;) :DD Saya suka mendengar muzik dan bermain dengan haiwan peliharaan saya ^^ Muzik yang selalu didengari saya adalah yang Taylor Swift dan Adele :) Saya pun suka menyanyi. Heheh >_^ Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Walaupun mereka kedua-dua lebih tua daripada saya, saya masih menyayangi mereka.:DDD Hari jadi saya adalah pada 8 Jun dan tahun ini, saya berumur 13 tahun ~ Saya seorang yang peramah dan saya suka sangat apabila saya bersama kawan-kawan kesayangan saya. Katanya, kami boleh ‘be crazy together’ yah? Hahaz~ Saya seorang yang boleh dipercayai, menurut kawan-kawan saya ;D Jangan takut berkawan dengan saya yah <3.<3 #Rawr~~

Selasa, 25 September 2012

Peperiksaan akhir tahun

EOYs , atau dalam bahasa melayu , peperiksaan akhir tahun akan menjelang tidak lama lagi dan kami sekelas telah disuruh Cikgu untuk berblog tentang format surat rasmi . Inilah dia :)

Format Surat Rasmi
Kepada : (nama penerima )

(Alamat penerima )

Daripada : ( nama penghantar )

( Alamat pengirim )

( Subjek )

Salam sejahtera Tuan/Puan ,

Nama saya _________ dan tujuan menulis surat ini adalah  _________ . Saya rasa yang tindakan ini tidak sepatutnya dilakukan kerana _______________ . Dengan itu , saya mahu memberi beberapa saranan yang mungkin boleh digunakan Puan/Tuan .

Saranan saya yang pertama ialah _________________________

Saranan saya yang kedua ialah ________________________

Saranan saya yang terakhir ialah _______________________

Dengan itu , saya berharap tuan/puan boleh menerima saranan saya . Sekian , terima kasih .

(nama pengirim)
(tanda tangan)

Rabu, 29 Ogos 2012

Video yang paling saya gemari :DD

Hiiiiieeeee koranggggg :DDDDD IM BACKKKKK ;D nyari, cikgu telah menyuruh kami untuk 'post' sebuah video yang paling kami gemari . Pada mulanya, saya mahu 'post' video lagu tetapi cikgu kata tak boleh :( sedih saya tauuuuu . hehehehe . tak lahhh . bergurau jee :D Sekarang saya sedang mendengar muzik sambil memikirkan tentang apa yang saya mahu 'post' . Lagu yang saya sedang mendengari ialah "2ne1 I love you" :D sedap lagu tauuuu :D awak tahu tak ? Tzire , rapper yang paling saya gemari , suka CL :D CL ialah salah satu ahli di dalam group 2ne1 .

Hmmm.... Dapat jugak saya :D Ini diaa :D



Saya suka iklan ini kerana ia telah menyentuh hati saya  . Ia menerangkan bahawa kami tidak boleh mengambil kesempatan ibu bapa mereka dan mesti menghargai mereka kerana mereka telah menjaga kami dari kecil lagi , terutamanya ibu kami . kami mestilah menjaga mereka apabila mereka sudah tua seperti mereka telah menjaga kami apabila kami muda .

k dahh byeee :DDD "till next time >.^ " .

Selasa, 14 Ogos 2012

Ahad :(

Hari terakhir percutian :( Sedihnya :( macam percutian itu terlalu pendek ya ? :( Hari itu , saya keluar daripada hotel dengan perasaan sangat sedih . Nanti percutian seterusnya balik ya :DDDD selepas keluar , keluarga saya ke pusat membeli belahnya untuk membeli makanan untuk berbuka puasa malam itu dan selepas itu , kami pulang ke rumah . Perjalanannya pulang mengambil masa 4 jam dan saya tidur dalam perjalanan itu . PANJANG LAAAA D:

Hotel Malaysiaaaaaa ~~~ !!!

Pada hari Sabtu , saya ke Malaysia dengan keluarga saya . HOTEL KSL CANTIK SEHHHHHH :DDD saya suka sangat-sangat ;) Tetapi , saya tidak dapat berjalan-jalan sangat di dalam pusat membeli belah kerana mesti duduk di dalam hotel dan belajar . Pada masa malam, saya telah berbuka puasa di Seasons :D makanan di sana sangat sedap :D

Jumaat :DD

Saya hanya mengulang kaji pelajaran dan mengemas beg-beg untuk ke Malaysia pada hari keesokan .

Khamis~~

Hmmmm........ Saya tidak membuat apa-apa pada hari Khamis selain daripada melihat Perbarisan Hari Kebangsaan . Saya rasa yang perbarisan tahun ini tidak sebaik perbarisan-perbarisan yang lain .

Isnin, 13 Ogos 2012

Malam Hari Kebangsaan ~~~~~~~~~~~

Hiiiieeee :DD dah lama saya tidak blog di sini . Maklumlah . Ade banyak kerje yah ?? :P maafkan saya kayys ;) hmmmm .... Cikgu telah menyuruh kami sekelas untuk berblog di blog masing-masing tentang perbuatan-perbuatan seharian kita . Saya sepatutnya membuat satu blog setiap hari tetapi tidak berkesempatan so saya buat sekarang ye ? okayyss . Hmmmm....... terutamanya , blog post ini ialah tentang hari rabu yang telah berlalu . kepada sesiapa yang tidak tahu , hari Rabu adalah hari sebelum Singapura menyambut hari ulang tahun yang ke47 . haishhh.... dah tua tu ya? hehehe . Dalam bahasa Inggeris , "Eve of National Day" :) . Sekolah kami telah menyambut hari gembira ini dengan mengadakan parade di parade square . Selepas itu , kami meluangkan masa bersama kelas kami di dalah bilik darjah di mana kami telah menghias sebuah kertas dengan barang-barang yang didapati di dalam Singapura .

Rabu, 25 April 2012

Dari dan Daripada. Penggunaannya?

Hhhmmmmmm...... apakah penggunaan dari dan daripada? Nyari, cikgu telah mengajar kami bagaimana hendak menggunakan perkataan dari dan daripada. Dari diggunakan untuk 3 perkara. 1) Masa, 2)Arah dan 3)Tempat dan jika kamu mencantumkan abjad pertama dalam setiap perkataan, ia akan membentuk perkataan MAT. Daripada, pula, boleh digunakan untuk 3 lagi perkara iaitu 1)Bandingan, 2)Orang dan 3)Sumber. Jika dicantum, abjad pertama setiap perkara itu akan membentuk perkataan BOS.

Ini adalah contoh-contoh ayat untuk 'dari' dan 'daripada'.

Dari

1) Kami menunggu Ahmad dari pukul 5 hingga pukul 6 tetapi dia masih tidak hadir.
2) Sabrina datang dari mana?
3) Kami berjalan dari Hougang Interchange ke rumah Syafiqah.

Daripada

1) Siti menyatakan yang dia lebih cantik daripada Cindy tetapi tiada orang yang bersetuju dengannya.
2) Saya telah menerima sepucuk surat daripada kawan saya yang tinggal di England semalam.
3) "Walaupun saya di dalam kelas kedua dan Mabel di dalam kelas pertama, saya pasti yang saya lebih pandai daripada dia," kata Evangeline dengan kebanggaan kepada saya.

Rabu, 28 Mac 2012

Bagaimana hendak menulis sebuah emel formal~

Semalam, Puan Ida telah mengajar para pelajar di dalam kelas saya bagaimana hendak menulis surat formal. Ini adalah apa yang diajar olehnya: surat formal teutamamya harus mempunyai 10 perkara.
1) Tarikh, 2) Nama pengirim, 3) Tajuk penerima, 4) Tajuk surat, 5) nama penghadap, 6) ayat pertama atau kedua di dalam perenggan pertama mesti ada tujuan menulis, 7) perenggan kedua mesti diisi dengan isi pengenalan masalah, 8) perenggan ketiga mesti mengandungi isi-isi surat dan huraian dan contoh, 9) Penutup surst dan akhirnya 10) tanda tangan penulis.

Seterusnya, Puan Ida memberi kami sebuah soalan untuk menulis mengenai. Soalannya begini:

Baru-baru ini, kamu menaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terurus. Orang ramaitidak memperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembarangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.

Tuliskan sepucuk surat kepada Pegawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.

Puan Ida juga telah memberitahu kami bagaimana hendak memulakan surat kami. Ini surat saya:
27 Mac 2012

Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapore 456789

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapore 123456

Tuan/Puan

Per: Kekotoran dalam MRT

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian puan/tuan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.

pada hari Sabtu yang lalu, saya telaj menaiki MRT dari bedok ke Jurong untuk pergi ke rumah saya. Alangkah terperajat saya apabila saya dapati bahawa keadaan dalam MRT itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap. Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang diselitkan di tempat-tempat duduk dalam MRT itu.

Saya berasa sangat kecewa dengan sikap penunggang-penunggang MRT ini kerana telah membuang sampah ke lantai atau tidak mengedahkan keadaan yang kotor itu. Saya menjadi lagi kecewa apabila ternampak beberapa orang yang masih membuang sampah sembarangan walauypun sudah mengetahui tentang keadaan dalam stesen MRT itu.

Saya rasa sesuatu harus dilakukan untuk menghentikan perkara ini sebelum ia menjadi lebih teruk. Mungkig tuan/puan boleh mengadakan beberapa kempen untuk menambah kesedaran awam tentang perkara ini dan mendesak mereka untuk berhenti membuat sebegini sebelum ia terlambat.

Saya berharap tuan/puan dapat memperbaiki keadaan stesen MRT itu. Sekian, terima kasih.

Daripada,
Rasyidah

Rabu, 29 Februari 2012

Saya ni sape??

Hiie~!! Ramai orang memanggil saya Ras tetapi saya lebih suka orang memanggil saya Rasyidah. Errmm...... Saya paling suka mendengar musik dan saya selalunya berasa marah jika seorang mengganggu saya apabila saya sedang mendengarnya. Saya suka mendengar lagu-lagu Inggeris dan dengan penuh kejujuran, saya tidak suka lagu bahasa Korea.

Kata pemeri: ialah dan adalah. Apakah itu????

Hari ini, Puan Ida telah menyuruh kami untuk mempelajari tentang kata pemeri ialah dan adalah jadi, inilah penjelasan saya ^^

Ialah harus digunakan di depan kata nama. Contoh-contohnya ialah:

1) Nama budak yang di dalam kelas 105 itu, IALAH Sabrina.

2) Sekolah yang besar itu IALAH Sekolah Rendah Permaisuri.

3) Teman wanita Eugene IALAH Rozanne.

Adalah harus digunakan di depat Kata Adjektif atau Kata Sendi Nama. Contoh-contohnya ialah:

1) Kucing yang berwarna putih itu, ADALAH kepunyaan Siti.

2) Hobi saya ADALAH mendengar muzik dan bermain dengan binatang peliharaan saya. (betul tu :DD)

3) Facebook ADALAH sebuah lelaman web social yang sangat terkenal.

Yay! Dah habis :DDDDD

Hingga hari dan masa lain~

#rawr~~~~~

Ahad, 19 Februari 2012

Mengapakah saya memilih tajuk blog ini

Tajuk blog saya adalah bahasa kesayanganku. Mengapa pula saya memilih tajuk ini? Saya telah memilih tajuk ini kerana saya rasa, ia menyatakan perasaan sayang saya kepada bahasa ibunda saya <3

Rabu, 15 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu?

Hari ini, Puan Ida telah menyuruh kami untuk membuat sebuah blog tentang bahahasa ibunda kita. Saya berasa keliru kerana saya tidak memahami sebab mengapa kami harus membuat sebegitu. Tetapi Puan Ida telah menerangkan yang ia supaya, bila saya menengah tiga, saya boleh membaca balik semua "post" saya dan mengingati semua pelajaran yang saya sudah mempelajari. Saya berasa ghairah kerana ini adalah kali pertama saya mengadakan sebuah blog. Saya tidak menanti-nantikan kali kedua yang saya akan pos sebuah pos sekali lagi :D